Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Majlis Aidilfitri NSTP Ajil meriah

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kuala Berang: Lebih 1,200 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Balai Berita Ajil, di sini.

Selain kakitangan dan ahli keluarga Balai Berita Ajil dan NSTP, majlis berkenaan turut dihadiri penduduk setempat.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas, Ghazali Taib serta isteri, Bibi Nazima Mohamed Akbar; Ketua Pembangunan Pengeluaran NSTP, Sazali Hashim; Pengurus Besar Jabatan Jualan Akhbar NSTP, Sanusi Abdul Yusof dan Ketua Balai Berita Ajil, Mohd Norizan Ambak.

Pelbagai makanan menarik disediakan termasuk bekang berkuah, satay, laksa, nasi minyak, nasi dagang dan kuih muih.

Pada majlis itu, Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil dan isteri, Bibi Nazima turut mengagihkan duit raya kepada kira-kira 150 kanak-kanak terdiri daripada anak-anak kakitangan Balai Berita Ajil dan penduduk setempat.

Image: 

Kuala Berang: Lebih 1,200 pengunjung hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Balai Berita Ajil, di sini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853