Kuala Lumpur: Harian Metro dengan kerjasama Cornetto memberi peluang kepada peminat penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Selena Gomez untuk memenangi 20 tiket percuma menyaksikan Konsert Selena Gomez Revival Tour di Stadium Malawati, Shah Alam, Isnin ini bermula 8.30 malam.
Bagi memenangi tiket itu, peserta hanya perlu memuat naik rakaman video paling kreatif menyanyi lagu popular Selena di Instagram berserta hashtag #hmselena dan tag @hmetromy.
Peserta juga perlu memastikan akaun Instagram tidak diletakkan dalam mod peribadi dan mereka juga perlu mengikuti Instagram Harian Metro iaitu @hmetromy.
Peserta yang memuat naik video paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang dengan seorang akan menerima dua tiket berharga RM455 setiap satu dan pemenang akan diumumkan Jumaat ini.
Pemenang akan dihubungi menerusi mesej peribadi di Instagram dan tiket boleh dituntut di lobi The New Straits Press (M) Berhad, Balai Berita, 31, Jalan Riong, Kuala Lumpur pada Ahad dan Isnin ini.
Konsert Selena Gomez Revival Tour bagi mempromosikan album solo kedua Selena berjudul Revival yang dilancarkan pada 9 Oktober lalu.
Antara lagu popular dalam album itu ialah Good For You, Same Old Love dan Hands To Myself berjaya menduduki tempat pertama dalam carta lagu diAmerika Syarikat.