Alor Setar: Pengetua dan dua penolong kanan dirai bagaikan puteri dalam majlis persaraan serentak di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, di sini, hari ini.
Bekas pengetua, Kartini Zakaria; Penolong Kanan 1, Jamilah Isa dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Asiah Yaakob diraikan dalam majlis berkenaan bagi mengenang jasa mereka yang menabur bakti sepanjang bergelar pendidik.
Mereka bertiga mahu kenangan manis sebagai guru ini dirakam bersama pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan.
Lebih menyentuh perasaan apabila pelajar memeluk mereka seperti enggan berpisah selain turut menangis ketika bersalam pada hari terakhir ketiga-tiganya bertugas hari ini.
Kartini berkata, beliau amat gembira dapat menamatkan perkhidmatan sebagai seorang guru dengan baik dan keadaan sihat dan bersama suami serta keluarga.
"Saya gembira dapat menamatkan kerjaya saya dengan begitu cemerlang, malah saya amat berpuas hati dengan hasil kerja saya bersama pelajar dan guru yang lain.
"Bagaimanapun saya pasti akan merindu semua murid dan keadaan suasana persekolahan jiwa saya adalah jiwa pendidik dan sehingga sekarang saya masih merindui kapur tulis dan papan hitam.
" Sebelum ini, saya saya pernah bertugas di sekolah ini sebagai penolong kanan vokasional dan saya tahu bagaimana budaya di sekolah ini menyebabkan saya jatuh cinta lantas memilih sekolah ini sebagai lokasi mencari rezeki sebelum bersara,” katanya.
Alor Setar: Pengetua dan dua penolong kanan dirai bagaikan puteri dalam majlis persaraan serentak di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, di sini, hari ini.