Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Urus bawa balik orang kita di Turki

$
0
0
Mutakhir

am@hmetro.com.my

Kepala Batas: Kerajaan sudah menguruskan bantuan berbentuk penginapan dan penjadualan semula beberapa penerbangan untuk membawa pulang 160 rakyat Malaysia di Turki.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata 20 daripada jumlah terbabigt terdiri penuntut manakala selebihnya pelancong.

"Kumpulan 20 penuntut terbabit dalam transit di lapangan terbang untuk kembali meneruskan pengajian di Mesir.

"Semua rakyat Malaysia di Turki selamat. Namun, kita menasihatkan rakyat negara ini yang mahu ke Turki supaya melaporkan diri di kedutaan atau menghubungi Wisma Putra terlebih dahulu," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Kepala Batas, di sini, malam tadi.

Orang ramai yang inginkan maklumat boleh menghubungi kedutaan Malaysia di Turki di +903024463547 atau bilik operasi Wisma Putra di 03-88874570.

Image: 

Kepala Batas: Kerajaan sudah menguruskan bantuan berbentuk penginapan dan penjadualan semula beberapa penerbangan untuk membawa pulang 160 rakyat Malaysia di Turki.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853