Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua peledak baru Kedah

$
0
0
Arena

opie@hnetro.com.my

Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperkenalkan Thiago Augusto Fernandes dan Shane Smeltz sebagai dua penyerang import baru untuk skuad Helang Merah, di sini, hari ini.

Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah ketika mengumumkan perkara itu, berkata Augusto yang dipinjamkan daripada pasukan Felda United FC dan Shane berasal dari New Zealand akan beraksi untuk Kedah sehingga akhir musim ini.

Menurutnya, kedua-dua pemain berkenaan memiliki pengalaman luas dalam sukan bola sepak sekali gus mampu memberi kekuatan baru kepada skuad Helang Merah.

Katanya, pada masa sama kedua-dua pemain itu akan menggantikan Carlos Kahe dan Sandro Da Silva yang bakal dipinjamkan ke kelab lain berikutan masih mempunyai baki kontrak selain masalah kecederaan.

"Kita berharap kehadiran dua penyerang baru ini mampu membawa kejayaan lebih baik kepada pasukan Kedah.

"Selain itu, saya juga berharap peminat dan penyokong setia Helang Merah dapat terus memberi sokongan tidak berbelah-bagi kepada pasukan Kedah dalam menghadapi saingan Liga Super dan Piala Malaysia.

"Kita juga yakin mereka mampu memberi impak untuk bersaing dengan pasukan hebat lain kerana memiliki pengalaman luas," katanya pada sidang media di Stadium Darul Aman, di sini.

Hadir sama, Naib Presiden Datuk Badrulhisham Hashim; Setiausaha Kehormat Datuk Aminuddin Omar dan Ketua Jurulatih Tan Cheng Hoe.

Image: 

Alor Setar: Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperkenalkan Thiago Augusto Fernandes dan Shane Smeltz sebagai dua penyerang import baru untuk skuad Helang Merah, di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853