Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Guna tali selamatkan si comel

$
0
0
Mutakhir

nurulhuda_kosnon@hmetro.com.my

SEPASUKAN pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba Taman Tas, Kuantan, Pahang menyelamatkan anak kucing yang terperangkap dalam saluran paip di Dewan Besar Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Jalan Kuantan Pekan, Pahang.

Kejadian pada 12.49 tengah hari itu, disedari penuntut kolej berkenaan yang kemudian sebelum menghubungi bomba.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Taman Tas, Bahron Amzah, berkata pihaknya menerima panggilan pada 12.48 tengah hari ini.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota bomba ke lokasi kejadian untuk menyelamatkan kucing itu.

Menurutnya, operasi setengah jam dan pihaknya terpaksa menggunakan tali untuk menyelamatkan anak kucing itu.

“Difahamkan, anak kucing itu terjatuh dan terperangkap dalam saluran paip sedalam lebih satu meter," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, ketika kejadian pihaknya sedang menjalankan rondaan di sekitar Kuantan sempena musim perayaan.

“Keseluruhan operasi selesai pada 1.19 petang," katanya.

Image: 