Kota Bharu: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hancur tiga jari kaki kanan dan retak tulang kaki selepas terkena 40 biji mercun bola yang dimasukkan ke dalam tin di Kampung Sireh, di sini, petang semalam
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Mohamad Aidil Ikhwan Mohd Rashid, 14, ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu hancur dan retak tulang kaki akibat terkena mercun berkenaan.
Anak kedua dari lima beradik itu dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan stabil.
Difahamkan kejadian berlaku, ketika mangsa mengeluarkan belerang daripada 40 biji mercun itu yang dimasukkan ke dalam tin dan membakarnya.
Bagaimanapun, selepas menyedari ia tidak meletup mangsa cuba menguis dengan kaki kanannya sebelum meletup.
Bapa mangsa, Mohd Rashid Ismail, 55, berkata, ketika kejadian dia sedang berehat di rumahnya sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di luar rumah.
Katanya, dia kemudian bergegas keluar ke rumah dan terkejut melihat anaknya sedang mengerang kesakitan.
"Saya terkejut melihat kakinya berlumuran darah dan terus membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sini, tadi.


Kota Bharu: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun hancur tiga jari kaki kanan dan retak tulang kaki selepas terkena 40 biji mercun bola yang dimasukkan ke dalam tin di Kampung Sireh, di sini, petang semalam



