Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Maut dibedil cuba tikam polis

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut ditembak selepas cuba menikam seorang anggota polis dalam kejadian di Jalan Kebudayaan 4, Taman Universiti, di sini, kira-kira 3.15 pagi tadi.

Muhammad Aznil Abd Puad sebelum itu melarikan diri daripada tiga anggota polis yang menghampirinya untuk tujuan pemeriksaan selepas dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, lelaki itu kemudian bertindak agresif dan melawan sebelum mengeluarkan sebilah pisau lalu terus menerkam untuk menikam seorang daripada anggota dari arah hadapan.

"Bagi mempertahankan diri, anggota polis terbabit melepaskan satu das tembakan di bahagian pinggang suspek dan terus rebah," katanya.

Beliau berkata, hasil semakan, lelaki itu mempunyai dua rekod lampau di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan satu kes di bawah Akta Penagih Dadah 1983.

Images: 

05tembak

Image: 
GN4id: 
10177670
Lead: 

Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 22 tahun maut ditembak selepas cuba menikam seorang anggota polis dalam kejadian di Jalan Kebudayaan 4, Taman Universiti, di sini, kira-kira 3.15 pagi tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853