Jertih: Empat rumah rosak teruk dipukul ribut dalam kejadian di Kampung Tok Raja, dekat sini.
Rumah peserta Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) adalah antara yang rosak teruk dalam kejadian 6.30 petang semalam.
Difahamkan, kejadian ketika semua keluarga terbabit sedang berehat di rumah masing-masing selepas tetamu pulang beraya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung, Johari Salleh berkata, ribut sepuluh minit sehingga menyebabkan bumbung rumah tercabut.
"Ribut turut menyebabkan rumah ibu tunggal dan empat anaknya rosak teruk.
“Kejadian berlaku tiba-tiba apabila hujan lebat disertai angin kencang melanda ketika kami sedang berehat.
"Malah, rumah saya juga terjejas apabila sebahagian bumbung rosak dipukul ribut dalam kejadian itu," katanya ketika ditemui, hari ini.
Menurutnya, jumlah kerugian tidak dapat dipastikan dan sedang dalam penilaian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Besut.

Jertih: Empat rumah rosak teruk dipukul ribut dalam kejadian di Kampung Tok Raja, dekat sini.
_1467855417_field_image_listing_featured.var_1467857181.jpg)
_1467855417_field_image_listing_th.var_1467857180.jpg)
_1467855417_field_image_th.var_1467857182.jpg)
_1467855417_field_image_variasi.var_1467857184.jpg)