Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lima korban pagi raya

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Dua remaja lelaki maut, manakala seorang parah apabila tiga motosikal dinaiki bertembung sesama sendiri di Jalan Juasseh–Bahau berhampiran Perumahan Rakyat Juasseh Pekan, Kuala Pilah, pagi tadi.

Dalam kejadian 3 pagi, Nur Shahkimi Ramli, 15, yang menunggang motosikal Suzuki Shogun dan rakannya, Mohd Nor Syafiq Talhahmi, 25, yang menunggang motosikal Honda EX5 maut di tempat kejadian.

Seorang lagi rakan mereka, Tengku Muhamad Syukri, 21, yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda SRV parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) oleh orang awam.

Saksi kejadian, Mansor Mohd Rapi, 40 berkata, terdapat kira-kira 50 motosikal berkumpul pada jam 1 pagi dipercayai sedang berlumba.

“Ketika itu, kelibat ‘mat motor’ sedikit demi sedikit berkumpul di kawasan ini.

"Saya ternampak beberapa kali anggota polis peronda mengarahkan mereka bersurai tetapi selang beberapa lama kemudian, mereka berkumpul semula," katanya.

Ketua Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Pilah, Majeran Lon berkata, empat anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan awam jam 3.30 pagi.

“Setibanya di lokasi, kami dapati kedua-dua remaja ini meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala serta badan,” katanya.

Sementara itu di Dungun, Terengganu, dua sepupu maut selepas motosikal yang ditunggangi masing-masing bertembung di Jalan Pantai Kampung Cacar Paka, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah malam, Wan Mohamad Hakimi Wan Abdullah, 18, dan Mohd Syafiq Zulkiflee, 20, meninggal di tempat kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai bertembung antara sesama sendiri.

Di Arau pula, seorang remaja lelaki maut selepas kereta dipandunya bersama seorang lagi penumpang terbabas sebelum merempuh pengadang jalan dan tiang elektrik di kilometer 18 Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu mangsa, Ku Muhd Firdaus Ku Fairos Nizam, 18, bersama rakannya, 18, dalam perjalanan dari arah Changlun ke Kuala Perlis sebelum terbabit dalam kemalangan sebaik tiba di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kereta Honda Accord dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan merempuh pengadang jejambat Arau dan tiang elektrik.

"Mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar di sini malam tadi dan hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia di tempat kejadian berpunca akibat kecederaan parah di badan.

Image: 

Kuala Lumpur: Dua remaja lelaki maut, manakala seorang parah apabila tiga motosikal dinaiki bertembung sesama sendiri di Jalan Juasseh–Bahau berhampiran Perumahan Rakyat Juasseh Pekan, Kuala Pilah, pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853