Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lelaki maut ditikam isteri

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Maran: Lelaki maut ditikam isterinya selepas pasangan terbabit bertengkar di rumah mereka di Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor, hari ini.

Dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa, Awang Muhamad, 42, berasal dari Kampung Paya Besar meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Maran.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, siasatan awal mendapati, seorang anak tiri mangsa berusia 30-an terdengar mangsa dan suspek bertengkar sebelum bergegas ke ruang tamu untuk melakukan pemeriksaan .

"Anak tiri mangsa sempat melihat suspek iaitu ibu tirinya berusia 33 tahun menikam perut mangsa sebanyak dua kali di dalam bilik tidur," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, pada masa sama, lelaki itu mengambil adik lelakinya yang berusia 11 bulan ke rumah saudara berhampiran bagi mengelak kejadian tidak dingini.

Katanya, anggota polis yang tiba di tempat kejadian selepas mendapat maklumat menahan suspek dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh untuk bedah siasat.

"Polis menahan reman suspek selama seminggu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Image: 

Maran: Lelaki maut ditikam isterinya selepas pasangan terbabit bertengkar di rumah mereka di Kampung Paya Besar, Kertau, Chenor, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853