Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Mengaku tak bersalah, ikat jamin RM1 juta

$
0
0
Utama

hadzlihady@hmetro.com.my

Georgetown: Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini, atas dua pertuduhan berasingan berhubung kes rasuah yang dihadapinya.

Beliau membuat pengakuan itu selepas jurubahasa membaca kedua-dua pertuduhan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azmi Ariffin.

Azmi kemudian menetapkan wang jaminan berjumlah RM1 juta dengan seorang penjamin selain turut memerintah Guan Eng melaporkan kepada mahkamah dan pejabat Peguam Negara dua hari lebih awal sekiranya dia mahu ke luar negara.

Bagi pertuduhan pertama kerana meluluskan permohonan perlingkungan semula zon pertanian kepada zon perumahan awam, Guan Eng didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama.

Bagi satu lagi pertuduhan kerana membeli banglo pada harga bawah pasaran, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

Sementara itu, di mahkamah sama, ahli perniagaan Phang Li Koon turut mengaku tidak bersalah kerana bersubahat dengan Guan Eng dan Azmi memerintahkan dia diikat jamin sebanyak RM200,000 dengan seorang penjamin.

Pihak pendakwa diketuai Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, manakala Guan Eng diwakili peguam yang diketuai Gobind Singh Deo.

Phang pula diwakili peguam yang diketuai Datuk K Kumaraendran.

Image: 

Georgetown: Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini, atas dua pertuduhan berasingan berhubung kes rasuah yang dihadapinya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853