Serdang: "Ketika kejadian, saya duduk meja luar bersama dua lagi rakan sambil menghadap jalan sebelum dikejutkan dengan satu letupan," kata seorang mangsa dikenali sebagai Ch'ng.
Menurutnya, keadaan menjadi kecoh apabila ramai pengunjung lari cuba menyelamatkan diri.
"Seorang pengunjung lelaki di sebelah meja kami duduk terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
"Saya hanya perasan satu objek berwarna gelap dilontar ke luar premis sebelum mengeluarkan asap lalu meletup namun, tidak nampak siapa yang membalingnya," katanya ketika ditemui di Hospital Serdang.
Menurutnya, akibat kejadian itu dia mengalami luka di bahagian mata, pinggul, lengan kanan dan kaki.
"Bahagian pinggul saya turut tercucuk dua serpihan mungkin kaca atau besi yang bersepai akibat terkena bom. Satu pembedahan juga akan dilakukan bagi mengeluarkan serpihan itu nanti," katanya.
Sementara itu, dua lagi mangsa iaitu pasangan suami isteri yang cedera dalam kejadian itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Serdang: "Ketika kejadian, saya duduk meja luar bersama dua lagi rakan sambil menghadap jalan sebelum dikejutkan dengan satu letupan," kata seorang mangsa dikenali sebagai Ch'ng.