Puchong: Polis mengesahkan bom tangan digunakan dalam letupan di pub, di sini, awal pagi ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata bom tangan itu dipercayai dibaling individu di depan pub berkenaan menyebabkan lapan cedera termasuk seorang parah.
"Kami (polis) akan menyiasat segala kemungkinan sama ada persaingan perniagaan, dendam mahupun individu tertentu yang berniat melakukan perbuatan itu," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Katanya, mereka yang cedera terdiri empat lelaki dan empat wanita yang kini dirawat di Hospital Serdang dan pusat perubatan swasta.
Difahamkan, ketika kejadian, pada 2.50 pagi, pub itu dikunjungi orang ramai yang sedang menyaksikan perlawanan pusingan kalah mati 16 pasukan Euro 2016.
Puchong: Polis mengesahkan bom tangan digunakan dalam letupan di pub, di sini, awal pagi ini.