Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Enam pelantikan baharu

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Putrajaya: Enam pelantikan baharu Menteri dan Timbalan Menteri diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Mereka yang dilantik termasuk Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri manakala, Datuk Johari Abdul Ghani pula dilantik sebagai Menteri Kewangan II menggantikan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang menamatkan perkhidmatan.

Dalam pada itu, Datuk Othman Aziz dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan; Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (Timbalan Perusahaan Perladangan dan Komoditi); Datuk Hensry Sum Agong (Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri S K Devamany (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri).

Najib berkata, penyusunan semula ini akan memantapkan pentadbiran sedia ada untuk melakukan agenda pembangunan untuk rakyat, kebajikan dan keselamatan terus berjalan dengan baik sebagaimana yang sudah dijanjikan.

Menurutnya, penyusunan semula tugas dibawah Jabatan Perdana Menteri akan dibuat dalam masa terdekat.

Mengenai ketiadaan calon wanita dalam rombakan ini, beliau berkata, pelantikan itu boleh dilakukan sekiranya ada penyusunan semula kabinet.

"Saya mengambil kesempatan ini juga untuk membuat penyusunan semula beberapa portfolio Menteri Kabinet, perlantikan semula seorang bekas Menteri dan beberapa Timbalan Menteri untuk memantapkan lagi pentadbiran sedia ada," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya, beliau menerima keputusan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk menamatkan perkhidmatan atas sebab peribadi.

"Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau selama ini," katanya.

Sementara itu, Datuk Lee Chee Leong dan Datuk Chua Tee Yong bertukar portfolio masing-masing sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Image: 

Putrajaya: Enam pelantikan baharu Menteri dan Timbalan Menteri diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853