Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua beradik dalam satu liang lahad

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Pekan: Jenazah dua beradik yang ditemui lemas selepas terjatuh dalam lubang dipenuhi air sedalam 1.5 meter di tapak pembinaan Dewan Semai Bakti Chini 5, di sini, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Chini 5, pagi tadi.

Bapa mangsa, Malek Razuan Ali, 50, berkata jenazah dua beradik itu dikebumikan pada 2 pagi tadi, selepas bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Pekan (HP).

"Saya reda dengan ujian Allah SWT pada Ramadan ini dan menerima hakikat kedua-dua anak tersayang sudah tiada," katanya ketika ditemui di rumahnya, pagi tadi.

Malek berkata, dia bersama isteri, Masniza Mistar, 30, turut bersedih kerana tidak sempat melihat arwah memakai pakaian baru pada pagi Aidilfitri dan semua pakaian itu tidak akan diberi kepada sesiapa kerana dia bercadang menyimpannya sebagai kenangan.

Image: 