Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Nikmat' hidu gam bertukar bala

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Gambar yang ‘viral’ menjadi bala buat budak lelaki dan empat remaja termasuk dua perempuan berusia sembilan hingga 17 tahun yang menghidu gam di atas bumbung bangunan di Kampung Air, di sini, apabila mereka ditahan polis, 9.55 pagi tadi.

Tindakan pantas polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dibantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang mengesan semua suspek terbabit membawa kepada penahanan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, dua daripada mereka ditahan ketika sedang menuruni tangga bumbung bangunan berkenaan manakala tiga lagi ditahan di sekitar Kampung Air.

"Semua yang ditahan dibawa ke IPD Kota Kinabalu dan empat daripada suspek termasuk budak lelaki yang berusia sembilan tahun mengaku menghidu gam, manakala seorang lagi mendakwa hanya menemani mereka sahaja," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Menurutnya, tiga daripada mereka yang mempunyai dokumen akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kaunseling dan tindakan lanjut manakala dua remaja yang tidak mempunyai dokumen ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Image: 