Paris: Pada kebiasaannya jika pasukan di tangga ketiga akan tersingkir daripada persaingan.
Itulah yang berlaku sepanjang 20 tahun lalu - pasukan di dua slot teratas bagi empat pasukan satu kumpulan akan layak ke pusingan kalah mati.
Tapi, bagi Euro 2016, pasukan yang berada di tangga ketiga ada peluang ke kelompok 16.
Kali ini, empat pasukan berada di tangga ketiga peringkat kumpulan berpeluang ke mengisi empat slot pusingan kalah mati 16 pasukan.
Peluang itu kini berada di tangan Albania selepas semua perlawanan peringkat Kumpulan A selesai, awal pagi tadi.
Albania menumpaskan Romania 1-0, hasil jaringan pemain FC Zurich, Armando Sadiku pada minit ke-43.
Cuma, Albania kena sabar sedikit sehingga Khamis ini, apabila semua perlawanan peringkat kumpulan selesai.
Bagaimanapun, pasukan daripada Kumpulan E dan F, yang beraksi pada Khamis ini, ada kelebihan.
Pasukan ini - kemungkinan kekal di tangga ketiga - boleh merancang keputusan jenis apa yang diperlukan untuk mereka berada di kelompok 16.
Paris: Pada kebiasaannya jika pasukan di tangga ketiga akan tersingkir daripada persaingan.