Kuala Lumpur: “Ketika di meja makan semalam (kelmarin), saya langsung tidak bercakap apa-apa kerana terlalu malu dan segan apabila kisah kepayahan hidup diketahui dan dibantu orang luar apatah lagi yang berlainan bangsa dan agama.”
Demikian reaksi Miss Mareeya Hayee-Uma, 37, wanita Pattani dari Selatan Thailand yang gambar dia sekeluarga berbuka puasa di kedai makan bersama lelaki bukan Islam menjadi viral, semalam.
Menurutnya, dia terkejut apabila dihubungi lelaki berkenaan, Kuan Chee Heng, 52, yang meminta tidak ke mana-mana kerana hendak membawa saya dan anak berbuka puasa.
“Waktu itu, saya langsung tidak tahu kepayahan tidak dapat berniaga selepas kereta rosak akibat kemalangan sejak tiga bulan lalu ditambah pula masalah ditinggalkan suami diketahui orang luar membuatkan saya segan.
“Segan sebab saya bukannya jenis suka meminta-minta dan selama ini pun saya mampu membesarkan semua lapan anak berusia 17 tahun hingga enam bulan dengan hasil jualan nasi lemak,” katanya di rumahnya, di sini, semalam.
Ketika dikunjungi wartawan, Miss Mareeya yang menyewa di tingkat atas sebuah bengkel di Puncak Jalil tidak putus-putus menerima kunjungan agensi kerajaan termasuk badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan.
Dapatkan akhbar Metro Ahad atau muat turun e-Paper Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Berita berkaitan:
HM170616KH007
Kuala Lumpur: “Ketika di meja makan semalam (kelmarin), saya langsung tidak bercakap apa-apa kerana terlalu malu dan segan apabila kisah kepayahan hidup diketahui dan dibantu orang luar apatah lagi yang berlainan bangsa dan agama.”