Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

BN menang besar di Sungai Besar

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Sungai Besar: Barisan Nasional (BN) memperoleh kejayaan besar apabila calonnya Budiman Mohd Zohdi berjaya mempertahankan kerusi milik parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Lebih bermakna apabila beliau menang dengan majoriti di luar jangkaan iaitu sebanyak 9,191 undi berbanding 399 undi dengan jumlah undian 16,800 undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.

Manakala calon PAS, Dr Abdul Rani Osman memperoleh 6,902 undi dan calon Parti Amanah Negara (PAN) Azhar Ab Shukur meraih 7,609 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som kira-kira jam 10 malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussien, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan beberapa pimpinan tertinggi lain.

PRK Sungai Besar diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas penyandangnya Allahyarhaman Tan Sri Noriah Kasnon terbabit dalam nahas helikopter Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13 Noriah memperoleh 18,695 undi mengatasi calon PAS Mohamed Salleh M Husin yang memperoleh 18,296 iaitu majoriti 399 undi.

19jangka

Image: 

Sungai Besar: Barisan Nasional (BN) memperoleh kejayaan besar apabila calonnya Budiman Mohd Zohdi berjaya mempertahankan kerusi milik parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853