Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman tahan dua ahli kimia warga Iran dipercayai menghasilkan dadah syabu yang diseludup ke negara barat di kebun buah-buahan di Behrang, Perak, semalam.
Dalam serbuan 4.30 pagi itu, polis menyerbu kontena yang dijadikan makmal pemprosesan dadah dan merampas 239 kilogram (Kg) cecair syabu serta 35 Kg ketulan kristal syabu dianggarkan bernilai RM27 juta.
Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, turut ditahan enam lelaki tempatan berusia 30-an dipercayai bertanggungjawab mengupah dua ahli kimia itu.
"Daripada dua warga Iran yang kita tahan, seorang ada paspot dan seorang lagi tiada dokumen.
“Siasatan awal mendapati mereka pakar dalam menghasilkan syabu dan sentiasa berpindah dari satu negara ke negara lain sebaik tugasan selesai," katanya dalam sidang media di Bukit Aman, hari ini.
Katanya, semua ditahan kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
16616mior1