Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiga maut kereta masuk parit

$
0
0
Utama

iskandar@hmetro.com.my

Kuala Selangor: Tiga lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam parit di Kilometer 18.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Ijok, 4.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati semua mangsa yang menaiki kereta itu sedang menghala ke ibu kota.

"Setibanya di lokasi kejadian, pemandu kereta itu bagaimanapun hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan terjunam ke dalam parit di kawasan itu.

"Kereta itu turut melanggar satu tebing yang mengakibatkan dua mangsa tercampak atas jalan manakala seorang lagi dijumpai di dalam parit berkenaan," katanya.

Menurut beliau, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk bedah siasat.

Identiti mangsa dikenal pasti Lim Soon Aik, 42; Lim Hock Lian, 45; dan Lim Keng Loong, 45.

Kuala Selangor: Tiga lelaki maut selepas kereta dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam parit di Kilometer 18.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, Ijok, 4.30 pagi tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853