Sungai Besar: Tindakan segelintir pihak menggunakan bahan kempen berbaur provokatif boleh didakwa mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata sekiranya didapati bersalah boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau didenda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
Menurutnya, tindakan sewajarnya akan diambil oleh Pasukan Penguat Kuasa Pilihan Raya untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap pemasangan bahan kempen mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
"Tindakan pemasangan 'billboard' seperti yang dilaporkan itu adalah amat tidak bertanggungjawab dan melanggar etika berkempen sepertimana yang ditetapkan dalam Akta Pilihan Raya 1954.
"SPR mengingatkan agar semua pihak sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan kempen,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
provoking
Sungai Besar: Tindakan segelintir pihak menggunakan bahan kempen berbaur provokatif boleh didakwa mengikut Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.