London: Penjenayah pedofilia berbahaya, Richard Huckle, 30, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Old Bailey, di sini, selepas mengaku bersalah melakukan jenayah pedofilia di Malaysia dan Kemboja, hampir 10 tahun lalu.
Keputusan itu diputuskan hakim, Peter Rook, selepas mendapati tertuduh bersalah mencabul 23 kanak-kanak berusia enam bulan hingga 11 tahun.
Reuters melaporkan, Huckle yang berada di kandang tertuduh dengan tangan bergari akan dipenjarakan sekurang-kurangnya 23 tahun atas kesalahan jenayah seksual itu.
Dalam penghakiman itu, Rook berkata, sangat jarang untuk seseorang hakim menjatuhkan hukuman terhadap pesalah jenayah seksual dengan banyak pertuduhan (91 pertuduhan).
Huckle sebelum ini mengaku salah terhadap 71 tuduhan menyerang secara seksual kanak-kanak lelaki dan perempuan, selain turut meminta mangsanya menghantar gambar dan rakaman video.
AF1416183