Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Ajalmu di laut wahai anak kecil

$
0
0
Utama

GAMBAR menyayat hati ini menunjukkan anggota penyelamat Jerman dari pertubuhan Pemantau Laut dikenali sebagai Martin, memegang mayat seorang bayi berusia tidak sampai setahun yang ditemui lemas selepas bot membawa ratusan pelarian karam ketika cuba menyeberang Laut Mediterranean, Jumaat lalu.

Mayat bayi itu ditemui dalam laut di selatan perairan Itali dekat Sicily, selepas bot nelayan dari Sabratha, Libya, karam, Khamis lalu.

Pertubuhan penyelamat Jerman menyiarkan gambar ini dalam usaha mendesak pihak berkuasa Eropah memastikan keselamatan pelarian.

Seorang pelarian wanita terpenggal kepala akibat terkena tali yang menarik botnya ketika bot itu karam.

Sejak minggu lalu, sehingga 700 pelarian termasuk 40 kanak-kanak dipercayai lemas ketika menyeberang Laut Mediterranean.

Berita berkaitan: http://www.hmetro.com.my/node/141437

migbaby.jpg

Image: 