Kuala Lumpur: Seramai 14 individu termasuk enam lelaki rakyat Malaysia ditahan polis Australia semalam selepas didapati menyeludup 200 kilogram dadah dipercayai jenis methamphetamine bernilai AUD$200 juta (RM586 juta) ke negara berkenaan.
Memetik laporan Reuters, sepasukan petugas jenayah terancang menahan sebuah kapal yang membawa lapan warga China di luar pantai barat Australia awal Mei lalu.
"Kapal itu mula dikesan pada awal Mei lalu di 185 kilometer Pantai Barat Australia dalam keadaan mencurigakan.
"Serbuan di kapal berkenaan membawa kepada penahanan rakyat Malaysia bersama 200 kilogram di dua lokasi berlainan," kata Jurucakap Polis Australia.
Menurutnya, suspek rakyat Malaysia itu berusia 24 hingga 54 tahun akan didakwa.
"Lapan warga China berusia 37 hingga 56 tahun yang berada di atas kapal kapal sudah didakwa berhubung rampasan dadah," katanya.
Difahamkan, ini adalah rampasan kedua terbesar pihak berkuasa Australia selepas rampasan 320 kilogram pada September tahun lalu.
Sementara itu, TImbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim mengesahkan berhubung tahanan rakyat Malaysia berkenaan.
Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghubungi pihak berkuasa Australia untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian.
"Setakat ini, polis belum menerima sebarang maklumat lanjut berkenaan rampasan dadah berkenaan," katanya.
28drugss
Kuala Lumpur: Seramai 14 individu termasuk enam lelaki rakyat Malaysia ditahan polis Australia semalam selepas didapati menyeludup 200 kilogram dadah dipercayai jenis methamphetamine bernilai AUD$200 juta (RM586 juta) ke negara berkenaan.