Alor Setar: Puluhan khemah peserta dan peniaga program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah (HPPNK) di Taman Jubli Emas, di sini, rosak akibat dilanda ribut, petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira 6 petang menyebabkan khemah tumbang akibat diterbangkan angin kencang disertai hujan lebat.
Antara khemah yang terjejas di Seksyen 4 itu adalah jualan makanan, pameran haiwan ternakan, jualan tanamanlandskap serta khemah makan kenamaan.
Berikutan itu pameran ternakan ditamatkan serta merta, manakala khemah jualan tanaman landskap yang terjejas akan diganti khemah baru.
Pengerusi Jawatakuasa Pertanian dan Asas Tani negeri Datuk Suraya Yaacob dalam satu kenyataan berkata, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ribut berkenaan.
Katanya, pihak kerajaan negeri selaku penganjur sedang mentaksir jumlah kerugian dan jumlah khemah yang terbabit.
"Pameran veterinar di kawasan ternakan ditutup serta merta kerana terjejas teruk.
"Manakala pameran lain akan terus beroperasi seperti biasa mulai 10 pagi esok.
"Pameran pada malam ini ditutup serta merta bagi memberi laluan pihak berwajib menjalankan siasatan dan bekalan elektrik juga diputuskan serta-merta atas sebab-sebab keselamatan," katanya.
Program HPPNK yang berlangsung selama empat hari sehingga Ahad ini dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, hari ini.
rebot.png
Alor Setar: Puluhan khemah peserta dan peniaga program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah (HPPNK) di Taman Jubli Emas, di sini, rosak akibat dilanda ribut, petang tadi.