Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tujuh dah cam

$
0
0
Utama

sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengenalpasti tujuh daripada 91 kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan hingga menghalang perjalanan sebuah ambulans ketika memberikan bantuan kecemasan terhadap mangsa kemalangan di Melaka pada 22 Mei lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa JPJ, Datuk V Valluvan Veloo berkata, tindakan tegas itu diambil hasil penelitian rakaman video oleh pasukan khas ditubuhkan.

Katanya, tindakan tidak bertanggungjawab pengguna kenderaan terbabit menggunakan lorong kecemasan menyebabkan usaha memberi bantuan lewat.

"Akibatnya dua mangsa yang juga penunggang dan pembonceng motosikal meninggal dunia di hospital," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai rakaman video yang diviralkan menerusi laman sosial berikutan sikap pemandu kenderaan menggnakan lorong kecemasan hingga mengakibatkan petugas ambulans lewat tiba di lokasi kemalangan.

Kejadian di Kilometer 228 Lebuhraya Ayer Keroh pada 22 Mei lalu memerlukan mangsa mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Katanya, tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1957 dan Kaedah 9 dan 53, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 yang membawa hukuman denda RM2,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya.

27jpj1

Image: 