Subang Jaya: Proton Holdings Berhad (Proton) mengumumkan pemanggilan semula model Proton Inspira yang dikeluarkan dari tahun 2010 sehingga 2014 yang melibatkan 20,330 unit atas kerosakan suis indikator pada model tersebut.
Langkah ini dibuat merujuk kepada kenyataan oleh Mitsubishi Motors Japan pada 18 Februari 2016 atas pemanggilan semula model-model terpilih jenama itu di seluruh dunia yang melibatkan alat ganti itu dan model Inspira dipasangkan dengan suis indikator yang dibekalkan oleh mereka.
Pada masa yang sama Proton juga menasihati pemilik Exora CPS 1.6 keluaran tahun 2009 hingga 2015 untuk membuat pemeriksaan pada saluran bahan api di bahagian enjin kenderaan.
Semua pemilik Inspira dan Exora boleh membuat temujanji dengan pusat perkhidmatan yang yang terdekat untuk pemeriksaan lanjut dan kos pekerja dan bahagian yang berkaitan ditanggung oleh pihak Proton sepenuhnya.
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Proton di talian 1-800-888-398, e-mel kepada customercare@proton.com atau melayari laman web www.proton.com untuk maklumat lanjut.
BH0112HS011