Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Pelayan karaoke antara disyaki terbabit Daish

$
0
0
Utama

hafidzul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Wanita pelayan pusat karaoke antara 14 yang ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman selepas dipercayai terbabit dengan kumpulan militan Daish.

Dalam operasi selama empat hari yang berakhir semalam, suspek berusia 22 hingga 49 tahun itu ditahan kerana dipercayai menyalurkan dana kepada kumpulan pengganas Daish dan Abu Sayyaf Group (ASG).

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, selain itu ada antara suspek ditahan kerana mempromosikan Daish di laman Facebook dan merancang untuk menyusup masuk ke Syria.

"Suspek ditahan di beberapa lokasi di Selangor,Johor,Kuala Lumpur, Perak, Perlis dan Kedah.

"Mereka juga dipercayai mempunyai hubungan dengan Muhammad Wanndy Mohamed Jedi iaitu anggota kumpulan pengganas yang aktif merekrut anggota baru,"katanya.

antaraa.png

Image: 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853