Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Babun' lari dari kandang mahkamah

$
0
0
Utama

hadzlihady@hmetro.com.my

Balik Pulau: Tarmizi Yaakob juga dikenali sebagai ‘Babun’ yang didakwa membunuh dan merogol seorang pelajar perempuan yang juga kekasihnya di Teluk Kumbar dekat sini, Oktober tahun lalu, bertindak luar dugaan apabila melompat dari kandang tertuduh dan melarikan diri keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.45 pagi itu, Tarmizi , 20, yang dibawa ke mahkamah bagi sebutan semula kes, mengambil kesempatan melarikan diri ketika hakim menangguhkan sidang mahkamah buat seketika.

Ketika itu, hakim masuk ke biliknya dan anggota polis sedang membuat pengasingan antara Tarmizi dan tiga lagi Orang Kena Tuduh (OKT) selepas selesai prosiding mahkamah.

Bagaimanapun, Tarmizi melompat dari kandang dan melarikan diri melalui laluan keluar lokap mahkamah dengan menendang pintu sebelum dikejar anggota polis, namun dia berjaya meloloskan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Razarudin Husain berkata, lelaki itu melarikan diri hingga ke jalan utama dan cuba bersembunyi di rumah penduduk yang terletak kira-kira 80 meter dari mahkamah berkenaan.

"Ketika kejadian anggota Balai Polis Balik Pulau yang kebetulan melakukan rondaan di kawasan itu, terserempak dengan tertuduh sebelum berjaya menahannya dan membawa dia pulang ke mahkamah.

"Dia hanya dapat melarikan diri tidak sampai setengah jam dan dia kemudian dibawa ke mahkamah untuk mendengar sebutan semula kes bunuh dan rogol dihadapinya," katanya.

Menurut Razarudin, anggota polis yang bertugas ketika itu sudah diambil keterangan dan mereka mendakwa tertuduh ketika itu dilihat dalam keadaan tertekan sebelum melarikan diri.

"Kita akan menyiasat kes ini mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan," katanya.

Tarmizi dibawa dari lokap Penjara Sungai Petani, Kedah, ke Mahkamah Sesyen, di sini, untuk sebutan semula kesnya mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Dia dituduh membunuh remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga teman wanitanya di Teluk Kumbar, dekat sini, antara jam 7.30 pagi dan 7.30 malam 25 Oktober lalu.

mizziz.jpg

Image: 

Balik Pulau: Tarmizi Yaakob juga dikenali sebagai ‘Babun’ yang didakwa membunuh dan merogol seorang pelajar perempuan yang juga kekasihnya di Teluk Kumbar dekat sini, Oktober tahun lalu, bertindak luar dugaan apabila melompat dari kandang tertuduh dan melarikan diri keluar dari Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853