LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mempersoalkan sama ada wajarkah Tun Dr Mahathir Mohamad menikam parti yang banyak berjasa kepada beliau dan negara.
Mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mahu pengundi menolak Barisan Nasional dan UMNo dalam Pilihanraya Kecil Sungai Besar and Kuala Kangsar, Najib berkata, Mahathir perlu ingat beliau berkuasa selama 22 tahun kerana UMNO.
“Barisan Nasional adalah parti yang banyak jasanya dan Tun Mahathir menjadi perdana menteri kerana Barisan Nasional dan kerana UMNO,” kata Najib di sidang akhbar, di sini, awal pagi, hari ini (Selasa di London).
“Dia dan keluarganya mendapat banyak manfaat daripada kedudukan sebagai perdana menteri. Dan ini kerana kekuatan UMNO dan Barisan Nasional,” kata Najib di akhir lawatan kerja beliau di sini.
“Jadi bila dia suruh orang menolak parti yag banyak berjasa, maka banyak reaksi yang negatif terhadap pendirian beliau yang tidak mengambil peduli langsung apa yang dia terima sebagai manfaat kerana tanpa BN dan UMNOm beliau tidak akan menjadi perdana menteri sama sekali,” katanya.
“Jadi banyak orang kata tentu sekali amat tidak wajar sekali kalau orang ada perasaan hati perut tidak akan menolak parti yang banyak berjasa kepada kita sebagai individu dan jasa kepada negara keseluruhannya.
“Perubahan kepada negara kita, pembangunan negara kita, kestabilan politik negara kita, kejayaan kita selama ini adalah kerana Barisan Nasional dan UMNO sebagai tonggak kepada Barisan Nasional.
“Adakah wajar kita pula menikam balik parti yang begitu banyak jasanya kepada diri kita dan pada negara?
Ditanya adakah beliau kecewa dengan kenyataan Dr Mahathir itu, Najib berkata: “Saya sudah menjangka. Saya rasa orang ramai lebih kenal siapa beliau sekarang. (I had expected it. I think people know the man now better.”
wajarsangatke
LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mempersoalkan sama ada wajarkah Tun Dr Mahathir Mohamad menikam parti yang banyak berjasa kepada beliau dan negara.