Ipoh: Dua kereta yang diletakkan di halaman rumah di Lapangan Perdana 24, Panorama Lapangan Perdana, di sini, terbakar sebahagiannya akibat terkena lontaran bom petrol awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohd Nor Rasid, berkata kejadian kira-kira 3.50 pagi.
Katanya, ia membabitkan Toyota Vios dan Mercedes Benz milik Woon Tat Wooi, 50, yang diletakkan di halaman rumahnya yang hangus di bahagian enjin.
“Ketika kejadian, mangsa yang juga pemilik bengkel kenderaan di Kuala Terla, Cameron Highlands, terdengar bunyi alat penggera keselamatan sebaik membuka pintu rumah.
“Mangsa terlihat kedua-dua kereta miliknya terbakar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mohd Nor berkata, hasil pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati Proton Satria dinaiki dua lelaki melakukan perbuatan khianat dengan membaling beberapa bom petrol ke arah kereta mangsa.
Beliau berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian dan kini sedang giat memburu kedua-dua suspek.
Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
molotov1
Ipoh: Dua kereta yang diletakkan di halaman rumah di Lapangan Perdana 24, Panorama Lapangan Perdana, di sini, terbakar sebahagiannya akibat terkena lontaran bom petrol awal hari ini.