Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tak cuti jika menang

$
0
0
Arena

am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Tiada cuti umum bagi Johor, esok, walaupun sekiranya barisan Johor Darul Ta'zim (JDT) memenangi perlawanan akhir Piala FA, malam ini.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Katanya, tiada sebarang pengumuman cuti sebaliknya hanya ganjaran akan diberikan kepada pemain JDT jika berjaya memenangi perlawanan.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri masih belum menetapkan jumlah ganjaran yang akan diberikan kepada pemain dan akan diumumkan dalam masa terdekat," katanya.

JDT muncul naib juara Piala FA pada 2013 selepas tewas 0-1 kepada Kelantan di final di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pasukan Harimau Selatan itu pernah muncul juara Piala FA pada 1998 yang ketika itu dikenali sebagai Johor FA (kini dikenali sebagai JDT II).

jdt22

Image: 

Johor Bahru: Tiada cuti umum bagi Johor, esok, walaupun sekiranya barisan Johor Darul Ta'zim (JDT) memenangi perlawanan akhir Piala FA, malam ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853