Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

PRK Kuala Kangsar, Sungai Besar 18 Jun

$
0
0
Utama

mriduwan@hmetro.com.my

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh serentak iaitu 18 Jun depan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P.067) Perak dan Sungai Besar (P.093), Selangor.

Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, hari penamaan calon pula ditetapkan pada 5 Jun manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Katanya, SPR dimaklumkan oleh Dewan Rakyat pada 9 Mei lalu mengenai kekosongan kedua-dua kerusi Parlimen itu.

"Dengan ini SPR mengumumkan 13 Mei iaitu hari ini sebagai tarikh keluar writ, 14 Mei tarikh notis pilihan raya, 5 Jun hari penamaan calon, dan 18 Jun sebagai tarikh pengundian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini, sebentar tadi.

Katanya, kedua-dua PRK berkenaan akan menggunakan daftar pemilih induk (DPI) 2015 yang dikemas kini, masing-masing sehingga 7 Mei 2015 bagi Kuala Kangsar dan 6 Mei 2015 (Sungai Besar).

Kedua-dua kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi bagi kerusi Sungai Besar dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) yang terkorban dalam tragedi helikopter jenis Eurocopter AS350 di Sebuyau Sarawak 5 Mei lalu.

Allahyarham Noriah dan Wan Mohammadantara enam mangsa kemalangan helikopter itu yang terhempas ketika dalam penerbangan dari Betong ke Kuching.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 Noriah menewaskan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin dengan majoriti 399 undi dalam pertandingan satu lawan satu di kerusi Sungai Besar manakala Wan Mohammad Khair-il memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsarmenewaskan calon PAS, Khalil Idham Lim Abdullah dan Datuk Kamilia Ibrahim (Bebas) dengan majoriti 1,082 undi.

14jun18th

Image: 

Putrajaya: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh serentak iaitu 18 Jun depan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar (P.067) Perak dan Sungai Besar (P.093), Selangor.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853