Seremban: Dua puluh dua individu cedera selepas terbabit kemalangan empat kenderaan di Jalan Kayu Ara-Nusari Bayu, Sendayan, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, kejadian 8.30 pagi itu membabitkan kereta, motosikal, pacuan empat roda dan bas kilang.
Katanya, kejadian berlaku apabila pacuan empat roda dari Seremban menuju ke Nusari Bayu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dipercayai mahu memotong kenderaan di hadapan.
Menurutnya, disebabkan itu pacuan empat roda terbabit merempuh bas kilang dan terbabas sebelum melanggar kereta serta motosikal.
"Dalam kemalangan ini, pemandu pacuan empat roda, K Tirunavukatasa, 26, cedera di kepala serta kaki manakala pemandu kereta, Chok Yuet Lee, 22, dan penunggang motosikal, Ramli Mohamed Ali, 65, cedera.
"Seramai 19 penumpang bas kilang pula turut cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
28416wandi1
Seremban: Dua puluh dua individu cedera selepas terbabit kemalangan empat kenderaan di Jalan Kayu Ara-Nusari Bayu, Sendayan, di sini, pagi tadi.