Jitra: Dua lelaki memakai topeng melarikan wang tunai RM300,000 selepas meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Jitra, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah berkata, hasil siasatan mendapati mesin ATM itu diletupkan menggunakan bom paip yang dimasukkan ke dalam mesin itu dalam kejadian jam 5 pagi.
Katanya, berdasarkan maklumat melalui kameralitar tertutup (CCTV) mendapati suspek melarikan empat katrij wang dari mesin itu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota.
Katanya, sepasukan anggota Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang menjalankan siasatan di lokasi turut menemui sebatang paip dipercayai digunakan dalam kejadian itu.
"Siasatan masih dijalankan dan tidak menolak kemungkinan kejadian terbaru ini mempunyai kaitan dengan rompakan menggunakan kaedah sama di sebuah bank di Alor Setar pada Februari lalu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunakan api, " katanya.
27bom
Jitra: Dua lelaki memakai topeng melarikan wang tunai RM300,000 selepas meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Pekan Jitra, di sini, hari ini.