Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua kemenangan suntik semangat

$
0
0
Utama

shamss@hmetro.com.my

Lundu: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu yakin Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) kali ini.

Beliau menyifatkan kemenangan tanpa bertanding di dua kerusi, masing-masing disandang Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (DUN Bukit Sari) dan Dr Abdul Rahman Ismail (DUN Bukit Kota), turut menyuntik semangat kepada BN Sarawak untuk terus cemerlang pada PRN-11, 7 Mei ini.

"Kita sudah menang dua kerusi hari ini dan kami yakin akan menerima sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Sarawak terhadap BN Negeri. Pakatan pembangkang pula terpaksa bersaing sesama sendiri, malah berlaku pertindihan kerusi sesama mereka.

"Sudah tentu ia akan menjadi kelebihan BN Negeri untuk mengekalkan penguasaan di kerusi DUN lain, lebih-lebih lagi membabitkan kerusi tradisi. BN juga akan berkerja keras merampas semula kerusi yang ditawan pembangkang sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Rumah Rehat Kerajaan, di sini, sebentar tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mengenai manifesto BN yang akan diumumkan esok, Adenan berkata, ia lebih bersifat inklusif merangkumi kejayaan pembangunan dilaksanakan sebelum ini dan perancangan pembangunan masa depan.

"Manifesto kali ini lebih unik berbanding pilihan raya sebelum ini. Selain perancangan yang BN sudah laksanakan, kita akan usulkan juga rancangan baru untuk kita laksanakan kelak," katanya.

26ade

Image: 

Lundu: Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem yang juga calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu yakin Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri ke-11 (PRN-11) kali ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853