Betong: Datuk Seri Douglas Uggah Embas, 61, diumum sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Betong berdepan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat Noel Chinggai Bucking, 55, selepas selesai penamaan calon, hari ini.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Bujang Ladi mengumumkan perkara itu selepas waktu bantahan, kira-kira 11 pagi.
Douglas yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebelum itu tiba di pusat berkenaan, pada 9.10 pagi, diikuti Noel lima minit kemudian.
Kira-kira dua ribu penyokong BN hadir memberi sokongan kepada Douglas yang diiringi Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid ke pusat penamaan itu.
unggahh
Betong: Datuk Seri Douglas Uggah Embas, 61, diumum sebagai calon Barisan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Saban.