Kuantan: Penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menerima Anugerah Menteri Pendidikan Tinggi pada majlis Anugerah Tokoh Siswa 2015 di Kompleks Sukan UMP kampus Gambang, di sini, malam tadi. Penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Muhammad Anas Misbahudin, 24, membawa pulang Honda Wave 110 cc, RM5,000 tunai, trofi dan sijil.
Selain anugerah utama, Muhammad Anas menerima dua lagi anugerah kategori kepimpinan, Anugerah Tokoh Pemimpin Siswa dan Anugerah Pemimpin Program Kepimpinan Terbaik (Terbuka).
Bagi dua anugerah itu, dia membawa pulang RM2,500 dan trofi serta sijil.
Anugerah disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.
Hadir sama, Timbalannya, Datuk Mary Yap Kain Ching dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim.
Pada majlis sama, penuntut Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Zurianah Ismail, 24, menerima Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa.
Penuntut pengajian pengurusan itu turut memenangi Anugerah Sukarelawan (Terbuka) Terbaik.
Dia membawa pulang RM2,500 dan trofi serta sijil.
Anugerah kali ketiga itu anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap kecemerlangan individu, persatuan atau kelab di IPTA/S, termasuk politeknik dan kolej komuniti.
tokohanm