Kota Bharu: Remaja lelaki ditemui lemas dalam kejadian di Sungai Gali, Jambu Merah, dekat Melor, hari ini.
Mangsa yang berusia 18 tahun itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu, pada 2.30 petang.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Ruslan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada 2.39 petang.
Katanya, lima anggota ke lokasi kejadian.
Menurutnya, sebaik sampai pihaknya membuat usaha mencari dan menyelamat di sekitar kawasan sungai.
"Mangsa ditemui, pada 3.20 petang, kira-kira 10 meter dari tebing sungai dan diserahkan kepada keluarga.
"Mangsa dikatakan tergelincir ketika duduk berhampiran tebing sungai sebelum lemas. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian,” katanya.
lemasan
Kota Bharu: Remaja lelaki ditemui lemas dalam kejadian di Sungai Gali, Jambu Merah, dekat Melor, hari ini.