Kuala Lumpur : Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Otman Arsahd, 57, serta tiga pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas 191 tuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram berjumlah hampir RM17 juta, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Otman, Abdul Ghafar Abdurahiman dan isterinya, Siti Rohana Hussein, kedua-duanya berusia 42 tahun serta Halmi Khalid, 35, masing-masing membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka di tiga mahkamah berasingan.
Mengikut pertuduhan, mereka yang dihadapkan ke tiga mahkamah berasingan itu didakwa membuat pemindahan wang haram antara RM50,000 hingga RM900,000 dan melakukan perbuatan itu antara Mac 2012 hingga Disember tahun lalu di beberapa bank di sekitar sini.
Dakwaan terhadap mereka dilakukan mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Mahkamah membenarkan Otman diikat jamin RM100,000, Abdul Ghafar dan Siti Rohana masing-masing RM70,000 serta Halmi dengan RM60,000 serta menetapkan 24 Mei dan 31 Mei ini sebagai sebutan semula kes.
Pada 31 Mac lalu, Otman mengaku tidak bersalah atas 32 pertuduhan menyalah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai lebih RM38 juta, empat tahun lalu.
duakiri.png