Batu Pahat: Kantin asrama Sekolah Menengah (SM) Sains Batu Pahat diarah tutup selepas 34 pelajar sekolah berkenaan keracunan makanan akibat makan ayam percik yang disediakan malam semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Datuk Ayub Rahmat, berkata ujian terhadap sampel makanan itu mendapati terdapat pencemaran bakteria pada ayam percik berkenaan.
Menurutnya, kes diterima pada 9.59 malam semalam membabitkan seramai enam daripada 786 orang pelajar dengan gejala seperti loya, muntah, cirit-birit, pening kepala serta demam selepas dua jam waktu makan malam.
"Hasil siasatan lanjut kemudian mendapati seramai 28 pelajar mempunyai gejala yang sama menjadikan jumlah seramai 34 pelajar mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar, namun tiada dimasukkan ke dalam hospital," katanya.
Difahamkan, keadaan semua pelajar semakin stabil malah ibu bapa sudah dimaklumkan berhubung perkata terbabit.
Pihak sekolah juga difahamkan diarahkan membekalkan pelajar dengan makanan daripada pembekal sementara sebelum masalah premis makanan sekolah berkenaan diatasi sepenuhnya.
keracunan.png

Batu Pahat: Kantin asrama Sekolah Menengah (SM) Sains Batu Pahat diarah tutup selepas 34 pelajar sekolah berkenaan keracunan makanan akibat makan ayam percik yang disediakan malam semalam.



