Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

10 suspek IS ditahan

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Sepuluh suspek disyaki terbabit dalam aktiviti kumpulan militan Islamic State (IS) ditahan polis bahagian Cawangan Khas Counter Terrorism di enam negeri, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, operasi yang dijalankan serentak di Perlis, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Melaka itu berjaya menahan lapan lelaki dan dua wanita berusia 24 hinga 42 tahun.

Menurutnya, enam suspek adalah anggota pasukan keselamatan, dua kakitangan awam, seorang bekas pereka bentuk dalaman dan seorang guru tadika.

"Semua mereka disyaki terbabit dalam aktiviti mempromosi ideologi kumpulan militan IS, mengumpul dana untuk membantu aktiviti kumpulan, mengatur pemergian rakyat Malaysia untuk ke Syria dan merancang untuk membeli senjata api bagi tujuan melancarkan serangan di negara ini.

“Mereka juga dipercayai turut merekrut rakyat Malaysia untuk menyertai IS dan menyembunyikan maklumat berkaitan dengan aktiviti kumpulan terbabit di negara ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, semua suspek ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan berkaitan keganasan mengikut Akta 574 Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Akta 747).

Images: 
GN4id: 
9897782
Lead: 

Kuala Lumpur : Sepuluh suspek disyaki terbabit dalam aktiviti kumpulan militan Islamic State (IS) ditahan polis bahagian Cawangan Khas Counter Terrorism di enam negeri, semalam.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853