Simunjan: Masalah bekalan air yang sering melanda Simunjan khususnya ketika musim kemarau, telah dapat diatasi dengan siapnya projek menaik taraf bekalan air yang dirasmikan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, hari ini. Projek yang menelan belanja RM23.56 juta itu dimulakan Ogos tahun lalu, membabitkan pembinaan paip agihan sepanjang 17.2km dan akan dapat dimanfaatkan kira-kira empat ribu penduduk di Simunjan dan daerah berjirannya, Gedong.
Berucap semasa merasmikan projek itu, Awang Tengah berkata, projek itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan penduduk luar bandar Sarawak tidak terpinggir dari memperoleh bekalan air terawat.
Selain bekalan air, beliau berkata kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM37 juta untuk membekalkan elektrik di Simunjan menerusi program bekalan elektrik luar bandar. Sistem telekomunikasi di kawasan itu juga telah dipertingkatkan lagi menerusi pembinaan menara komunikasi baharu dan ini telah memudahkan penduduk di sini khususnya untuk mengakses Internet.
Awang Tengah berkata, bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud yang kini menjadi Yang Dipertua Negeri, juga telah membuat perancangan beberapa tahun lepas untuk mewujudkan bandar baru di Simunjan yang bakal merancakkan lagi aktiviti sosial dan ekonomi di kawasan itu. Katanya, pelan induk bandar baharu kini masih dalam penggubalan dan apabila dilaksanakan kelak ia bakal mengubah lanskap Simunjan melalui pembangunan kawasan perumahan dan pusat komersial baru.
munjann