Kuala Lumpur: Puteri Nurkyra Izam, 12, yang dilarikan wanita Indonesia dari rumahnya di Subang Jaya, pagi tadi ditemui selamat oleh ahli kariah masjid berhampiran Masjid Al Rahman Jalan Pantai Baharu, di sini, 9.30 malam tadi bersama wanita itu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari yang mengesahkan penemuan itu berkata, kanak-kanak terbabit dibawa ke hospital untuk pemeriksaan manakala wanita itu ditahan.
“Permohonan reman terhadap wanita itu akan dibuat esok bagi membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu, berita kehilangan Puteri Nurkyra atau lebih mesra dengan panggilan Kyra ‘viral’ di laman sosial.
Bapanya, Badrol-Izam Baharom, 46, berkata, dia hanya menyedari anak bongsu daripada dua beradik itu yang turut menghadapi masalah disleksia dan wanita terbabit yang dikenali sebagai Azizah hilang dari rumah pada 5 pagi.
Katanya, dia bercadang untuk menghantar wanita itu ke Kedutaan Indonesia pada hari ini dan turut menemui sekeping nota yang ditinggalkan anaknya.
"Anak saya ada meninggalkan sekeping nota memberitahu dia mahu ikut perempuan Indonesia itu,
"Bagaimanapun, saya percaya wanita itu yang mengajar anak saya membuat nota berkenaan sebelum melarikannya," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, petang tadi.
Mohammad Azlin pula berkata, wanita Indonesia itu menumpang di rumah Badrol sejak dua minggu lalu.
"Ibu bapa kanak-kanak terbabit menemui wanita itu bersendirian di stesen bas berhampiran Subang Parade pada 5 April sebelum mengambilnya dan menumpangkannya di rumah mereka buat sementara waktu dan bercadang menghantarnya ke Kedutaan Indonesia hari ini.
“Wanita itu mendakwa melarikan diri daripada majikannya,” katanya.
Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada ibu bapa kanak-kanak terbabit pada 8.39 pagi tadi.
selamat.png
Kuala Lumpur: Puteri Nurkyra Izam, 12, yang dilarikan wanita Indonesia dari rumahnya di Subang Jaya, pagi tadi ditemui selamat oleh ahli kariah masjid berhampiran Masjid Al Rahman Jalan Pantai Baharu, di sini, 9.30 malam tadi bersama wanita itu.