Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tiga individu terbabit Daish

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiga individu dihadapkan ke tiga mahkamah berbeza iaitu di sini, Petaling Jaya dan Selayang atas pertuduhan terbabit dalam militan Daish.

Mereka adalah peniaga, Mohd Naazri Ishak, 49; anggota polis, Koperal Jusninawati Abdul Gani, 34; dan pengurup wang, Mohd Haniffa Syedul Akbar, 36.

Tiada pengakuan diambil dari ketiga-tiga tertuduh dan mereka mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan.

Mohd Naazri didakwa menggunakan akaun Maybank miliknya bagi kegunaan pengganas, manakala Jusninawati dengan sengaja tidak memberi maklumat berhubung pengganas dan Mohd Haniffa pula didapati memiliki barang yang berkaitan pengganas.

Semua kes akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada tarikh yang akan ditetapkan.

Tiada sebarang jaminan dibenarkan terhadap ketiga-tiga tertuduh.

20daish

Image: 

Kuala Lumpur: Tiga individu dihadapkan ke tiga mahkamah berbeza iaitu di sini, Petaling Jaya dan Selayang atas pertuduhan terbabit dalam militan Daish.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853