Guayaquil, Ecuador: Sekurang-kurangnya 77 terbunuh dan ratusan lagi cedera akibat gempa bumi 7.8 magnitud yang melanda kawasan pantai menghadap Lautan Pasifik, pagi tadi waktu Malaysia.
Timbalan Presiden Ecuador Jorge Glas mengesahkan jumlah korban sudah mencapai 77 orang dan hampir 600 lagi cedera.
Gempa yang berlaku selepas tengah malam waktu tempatan boleh dirasai sejauh ratusan kilometer sehingga ibu negara Ecuador, Quito, menyebabkan banyak jalan raya dan bangunan retak atau runtuh.
Bahagian utara Peru serta selatan Columbia turut merasai gegaran gempa itu dan Ecuador mengisytiharkan darurat di enam wilayahnya yang terjejas teruk.
Gempa itu berlaku pada kedalaman 20 kilometer dan sehingga petang ini, lebih 55 gegaran susulan dikesan.
Guayaquil, Ecuador: Sekurang-kurangnya 77 terbunuh dan ratusan lagi cedera akibat gempa bumi 7.8 magnitud yang melanda kawasan pantai menghadap Lautan Pasifik, pagi tadi waktu Malaysia.