Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

14 ditahan bikin kecoh

$
0
0
Utama

sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: Polis menahan 14 individu selepas terbabit dalam insiden kekecohan bersama pasukan keselamatan di luar Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, tindakan menahan semua individu terbabit dilakukan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Katanya, individu terbabit juga melakukan kesalahan mengikut Seksyen 147/148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Menurutnya, tindakan agresif penyokong Johor Darul Ta'zim yang menimbulkan provokasi dan membakar mercun menyebabkan suspek disyaki ditahan.

"Ketika itu pasukan polis diserbu dan mereka menghalang penangkapan itu dan merusuh sehingga menimbulkan kacau ganggu.

"Penyokong Johor turut membaling objek termasuk batu ke arah polis hingga mengakibatkan dua daripadanya cedera di kepala," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.

Images: 

21kecoh

Image: 
GN4id: 
9889822
Lead: 

Johor Bahru: Polis menahan 14 individu selepas terbabit dalam insiden kekecohan bersama pasukan keselamatan di luar Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin di sini, malam tadi.

Image (Listing thumbnail): 
Image (Thumbnail): 
Image (Slider): 
Image (Variasi): 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853