Klang: Pemandu dan kelindan lori maut dalam kemalangan membabitkan lori, treler dan kereta di Jalan Klang Banting dekat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), petang ini.
Mangsa yang maut adalah pemandu dan kelindan lori tiga tan dikenali Mohd Anuar Hussien, 41, dan Hoe Koon Long, 57.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya tiba di lokasi, pada 4.45 petang.
Beliau berkata, pemandu dan kelindan lori itu maut di lokasi kejadian.
Katanya, berdasarkan maklumat saksi, kereta melanggar belakang lori itu menyebabkan kenderaan berat itu terbabas ke laluan bertentangan.
Menurutnya, pada masa sama treler dari laluan bertentangan bertembung dengan lori itu menyebabkan kedua-duanya tersepit dalam kenderaan itu.
Difahamkan, pemandu treler selamat manakala pemandu kereta itu tiada di tempat kejadian untuk direkod keterangan.
keretaa
Klang: Pemandu dan kelindan lori maut dalam kemalangan membabitkan lori, treler dan kereta di Jalan Klang Banting dekat pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), petang ini.